..:: AD DEEN ::..
ini adalah positng percubaan....
..:: AD DEEN ::..
Perniagaan kami sedang dalam usaha menyediakan perkhidmatan baru dan terkini iaitu penyediaan pelaporan kewangan bagi tahun berakhir sesuatu syarikat. Penyediaan pelaporan kewangan ini penting kerana ianya melibatkan pengiraan cukai syarikat yang perlu dibayar, menjaga kepentingan pelabur serta pemegang saham dan lain-lain lagi.

Antara kelebihan dan kepentingan lain pelaporan kewangan termasuklah:-
a) Menjaga kepentingan pelabur serta pemegang saham.
b) mengenalpasti jumlah cukai berbayar syarikat.
c) Pengenalpastian 'killer product' syarikat.
d) Menunjukkan daya saing sesuatu syarikat.
e) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan syarikat
f) Mengawal aliran tunai syarikat
g) mengetahui dan merangka startegi perniagaan jangkan panjang.
..:: AD DEEN ::..
Anda minat perakaunan?? Atau takut apabila mendengar perkataan akaun?? Adakah anda menggigil bilamana perlu menyediakan akaun tidak kira akaun syarikat atau akaun peribadi?? Berapa ramai kalangan kita yang mneyediakan akaun bulanan sendiri?? Berapa ramai pula yang tidak ambil peduli dengan andaian ianya tidak penting??

Sejarah membuktikan bahawa kegagalan kita mentadbir kewangan dan akaun bukan sahaja memburukkan diri sendiri malah ia turut memberi kesan kepada keluarga, orang disekeliling kita, mahupun negara sendiri. Ini terbukti melalui kes-kes seperti penceraian rumahtangga disebabkan masalah kewangan, kes kebankrapan syarikat akibat penyelewengan mahupun kes bunuh diri akibat hutang yang berpanjangan. semua ini adalah natijah daripada kegagalan kita mengambil berat serta mentadbir kewangan sendiri. Kita lupakan seketika soal penjanaan kewangan kerana tanpa sistem pentadbiran kewangan yang baik, hatta RM 10 juta pun tidak mampu bertahan beberpa generasi apatahlagi hanya sekitar ratusan ribu.

Ramai antara kita yang tidak tahu dan tidak mengambil tahu akan kepentingan sesuatu akaun lantas dengan selamba mengandaikan bahawa penyediaan akaun tidak sepenting penjanaan kewangan. Ni adalah salah satu kesilapan kita dalam memahami erti akauan yang sebenar. Setiap hari tak kira sesiapa pun pasti terlibat dengan transaksi akaun. Pegawai kerajaan, peniaga, syarikat, pekebun, petani dan nelayan, tidak ada satupun yang terkecuali.

Namun akibat kesibukan kerja harian dan ketidakfahaman mendalam dalam hal ini, perkara ini dianggap enteng. Cukup makan atau istilah mudah poket cukup berisi sudah menjadi darah daging kita. tiada lagi inisiatif untuk terus memajukan diri menjadi lebih baik setiap hari.

Jesteru, atas kesedaran peri penting penyediaan akaun terutama untuk syarikat milikan tunggal atau perkongsian, kami ada menawarkan perkhidmatan penyediaan akaun syarikat bagi tempoh tahun perakaunan. Perkhidmatan ini terbuka untuk semua dan bayaran atau caj perkhidmatan adalah berpatutan. Sila hubungi kami di talian 0134149465 atau 0164145277 atau emel kepada akauntanrakyat@gmail.com bagi temujanji dan proses perbincangan lanjut.